| TARIKH | 20 Ogos 2025 |
| MASA | 4:00 PM – 5:00 PM |
| LOKASI | NADI KG RANAU (PLATFORM ZOOM) |
| JUMLAH PESERTA | 2 ORANG PESERTA |
| TUJUAN Tujuan utama webinar ini adalah untuk mendidik para remaja tentang risiko pembelian dalam talian seperti penipuan, kecurian maklumat peribadi dan penggunaan platform palsu. Selain itu, peserta turut diberi panduan tentang cara membuat pembelian yang selamat, mengenal pasti laman web yang dipercayai, serta pentingnya menyemak ulasan pembeli sebelum membuat sebarang transaksi. |
| AKTIVITI Sepanjang webinar ini, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Antara aktiviti utama ialah ceramah interaktif oleh wakil daripada syarikat e-dagang tempatan yang berkongsi tips keselamatan pembelian dalam talian. Selain itu, peserta menyertai simulasi pembelian atas talian di mana mereka diminta memilih laman web yang selamat dan tidak selamat. Sesi soal jawab juga diadakan bagi membolehkan peserta bertanya tentang pengalaman mereka serta mendapatkan nasihat. Webinar diakhiri dengan kuiz digital yang menguji kefahaman peserta dan pemberian sijil digital kepada semua yang hadir. Kesimpulannya, webinar ini sangat bermanfaat untuk golongan remaja agar mereka menjadi pengguna internet yang lebih bijak dan berhati-hati semasa membuat pembelian secara dalam talian. |
| GAMBAR DISINI |