mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR NADI X CYBERSECURITY – MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK

TARIKH20 JUNE 2025
MASA3:30 PM – 5:00 PM
LOKASINADI KG RANAU (PLATFORM ZOOM)
JUMLAH PESERTA2 ORANG PESERTA
TUJUAN

Webinar bertajuk “Memahami Risiko Siber dalam Permainan Online Kanak-Kanak” telah dijalankan secara dalam talian bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada kanak-kanak dan ibu bapa tentang bahaya yang tersembunyi semasa bermain permainan dalam talian. Tujuan utama webinar ini adalah untuk mendidik peserta mengenai ancaman siber seperti buli siber, penipuan identiti, kandungan tidak sesuai, dan ketagihan permainan dalam talian yang boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan keselamatan digital kanak-kanak.
AKTIVITI

Sepanjang kelas dalam talian ini, beberapa aktiviti telah dilaksanakan. Antaranya termasuk sesi ceramah oleh pakar keselamatan siber yang menerangkan jenis-jenis risiko dan langkah perlindungan yang boleh diambil. Selain itu, terdapat demonstrasi secara langsung tentang bagaimana data peribadi boleh terdedah semasa bermain dalam talian. Peserta juga mengikuti kuiz interaktif untuk menguji kefahaman mereka dan menyertai perbincangan kumpulan secara maya untuk berkongsi pengalaman serta bertanya soalan kepada penceramah. Melalui webinar ini, diharapkan peserta lebih peka terhadap keselamatan digital dan dapat mengamalkan penggunaan internet yang lebih selamat dan bertanggungjawab ketika bermain permainan dalam talian.
GAMBAR DISINI