TARIKH | 3 Mei 2025 |
MASA | 2:30 PM – 4.30 PM |
LOKASI | NADI KG RANAU |
JUMLAH PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN Webinar ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran dan inspirasi kepada pelajar mengenai kepentingan membuat perancangan awal serta bijak terhadap hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan pendedahan yang tepat, pelajar dapat memahami pilihan yang tersedia seperti program matrikulasi, STPM, diploma, asasi, kemahiran TVET, serta peluang dalam sektor pekerjaan. Program ini juga bertujuan membantu pelajar mengenal potensi diri, membuat keputusan yang lebih terarah dan mengelakkan tindakan tergesa-gesa yang boleh menjejaskan masa depan mereka. |
AKTIVITI Sepanjang webinar halatuju selepas SPM ini berlangsung secara dalam talian, beberapa aktiviti utama telah dijalankan bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkesan serta penglibatan aktif pelajar. Program dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh guru kaunselor selaku wakil penganjur, yang turut memperkenalkan objektif webinar serta perjalanan keseluruhan sesi. |
GAMBAR DISINI |