mcmc
Laporan Aktiviti

Webinar Lindungi Identiti Digital Anda

TARIKH13 JUNE 2025 (JUMAAT)
MASA3:30 PM – 5:00 PM
LOKASINADI KG RANAU (PLATFORM ZOOM)
JUMLAH PESERTA6 ORANG PESERTA
TUJUAN

Sepanjang pelaksanaan webinar “Lindungi Identiti Digital Anda” secara dalam talian, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang keselamatan digital. Webinar dimulakan dengan sesi taklimat oleh penceramah yang memberi penerangan terperinci mengenai isu kebocoran data, kewujudan dark web, serta pelbagai ancaman digital semasa yang boleh menjejaskan identiti pengguna. Seterusnya, peserta menyaksikan demonstrasi secara langsung berkenaan teknik keselamatan digital, termasuklah simulasi serangan siber seperti phishing dan malware injection, bagi memberi gambaran sebenar tentang cara serangan berlaku. Aktiviti diteruskan dengan perbincangan teknik LTRL: Less Target, Less Risk, yang merangkumi penerangan serta latihan ringkas tentang cara meminimumkan pendedahan maklumat peribadi untuk mengurangkan risiko ancaman digital.
AKTIVITI

Bagi mengukuhkan pemahaman, satu sesi kuiz interaktif turut dilaksanakan untuk menguji tahap pengetahuan peserta terhadap maklumat yang telah disampaikan. Akhir sekali, sesi soal jawab diadakan bagi memberi ruang kepada peserta bertanya soalan dan mendapatkan nasihat keselamatan digital secara terus daripada pakar. Webinar ini diakhiri dengan seruan kepada semua peserta agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah berjaga-jaga semasa berada di alam maya demi melindungi identiti digital masing-masing.
GAMBAR DISINI