mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN Q4 2019 – Encik Jalil Bin Madun

 Nama         :  Jalil Bin Madun 

 Umur         :  55 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Jalil Bin Madun berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan sudah menjalankan aktiviti perniagaan ini selama satu tahun. Encik Jalil memilih untuk menjalankan perniagaan madu kelulut ini kerana ianya mudah diuruskan dan tidak memerlukan kos modal yang besar  walaupun untuk mengambil log (sarang atau rumah lebah kelulut) agak mencabar. Beliau bersama rakan-rakan usahanya yang lain iaitu sebanyak 5 orang turut berkerjasama dengan beliau mencari log lebah kelulut didalam hutan tebal. Setakat ini beliau telah mempunyai 10 log lebah kelulut yang dipelihara di belakang rumah salah seorang rakan usaha beliau iaitu Encik Zaim Bin Yassin (Pengusaha Parang Ulubadi). Encik Jalil ingin menambahkan lagi log lebah kelulut untuk menghasilkan madu asli yang mencukupi kepada pelanggan dan berhasrat agar perniagaan madu kelulut yang dijalankan akan membuahkan hasil atau pendapatan yang lumayan. Justeru itu, Pusat Internet merupakan satu platform pemasaran yang dekat bagi beliau untuk membantu memasarkan atau meluaskan lagi perniagaan madu kelulut yang dijalankan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan hanya dikenali oleh rakan-rakan dan sekitar kampung Ranau Kota Marudu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Encik Jalil kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan madu kelulut beliau. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankan kepada pelanggan. Disamping itu, beliau sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti PI untuk mengambil kesempatan memperkenalkan perniagaan madu kelulut kepada komuniti setempat. kini perniagaan beliau telah dikenali oleh luar penduduk kampung dan juga seluruh tempat di Kota Marudu kerana beliau telah aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan dengan bimbingan Petugas Pi Kg Ranau dan video viral melalui laman youtube Pi Kg Ranau dan juga Facebook Page.