mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN Q4 2018 – Encik Mohd Azizul Bin Zaim

 Nama         :  Mohd Azizul Bin Zaim

 Umur         :  19 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Encik Azizul berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu. Beliau berumur 19 tahun dan berstatus bujang. Encik Azizul merupakan seorang anak muda yang sering membantu kerja-kerja aktiviti perniagaan ayahnya setiap hari iaitu pembuatan kraftangan parang. Oleh yang demikian, timbul minat dan hasrat beliau untuk membantu dan memperkembangkan perniagaan ayahnya agar lebih maju dan dikenali orang ramai setaraf dengan peredaran masa dan dunia teknologi pada masa kini. Oleh sebab itu beliau menjadi ahli Pusat Internet dan mengikuti secara komitmen akan setiap latihan keusahawanan yang dijalankan dan beliau juga telah mengikuti kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Kg Ranau. Bukan itu sahaja, beliau juga sentiasa mengikuti pergerakan perniagaan ayahnya kemana sahaja seperti membuat kursus atau bengkel pembuatan parang yang dianjurkan bersama-sama kumpulan kraftangan sabah daripada Yayasan Sabah Corporated, pameran kraftangan di pesta-pesta keramaian, travel seluruh tempat di sabah iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Kudat dan Keningau untuk Program Roadshow Yayasan Sabah. Perniagaan pembuatan kraftangan parang yang dijalankan oleh ayah beliau bermula  sejak tahun 2012 sehinggalah kini dan Encik Azizul menggunakan peluang sebagai ahli Pi Kg Ranau untuk mempelajari lagi ilmu keusahawanan dengan latihan ICT digital untuk memperkembangkan perniagaan ayahnya agar dikenali ramai terutama dari segi media sosial. Pembuatan kraftangan parang ayah beliau merupakan hasil daripada kreativiti sendiri dan minat yang mendalam. Begitu juga dengan Encik Azizul, belajar ICT kerana minat untuk meneruskan perniagaan ayahnya dari segi pemasaran yang lebih baik.

 

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop 
  • Mempelajari Ms. Publisher untuk mereka Bisnes Kad sendiri
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu dan memberi idea dalam penghasilan  ‘Logo’ produk
  • PI membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI
  • Memberi kelas tambahan yang diperlukan