USAHAWAN PERKHIDMATAN
Nama : Mohd Ardhani Bin Mohd Zaini Umur : 26 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Encik Ardhani menjalankan perniagaan perkhidmatan Design dan Printing. Selain daripada itu juga beliau menjalankan perniagaan sampingan lain iaitu menjual makanan basah seperti Produk sambal Garing. Beliau berusia 26 Tahun dan merupakan bekas peserta Usahawan TUBE 7.0 (Sabah). Beliau sangat berminat dengan bidang perniagaan kerana percaya mampu mengubah dirinya ke arah seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan. Beliau bermula sebagai peniaga goreng pisang jalanan dan mula menceburi bidang pencetakan sebagai agent/dropship terlebih dahulu kerana tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Hasil daripada usaha keras beliau mendapatkan dana atau modal dan juga penglibatan didalam Program TUBE sabah, Beliau kini telahpun mempunyai satu perniagaan sendiri yang sedang maju iaitu perniagaan perkhidmatan design & printing yang semakin dikenali ramai. Pusat Internet menjadi salah satu platform untuk beliau meningkatkan ilmu keusahawanan sekaligus mendapatkan satu usaha kerjasama agar perniagaan beliau bertambah dikenali diseluruh tempat.
Sebelum penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, perniagaan beliau hanya dikenali oleh kawasan perniagaan beliau dan hanya melalui kenalan sahabat handai dan saudara mara.
Selepas penglibatan PI
Melalui penglibatan PI, kini perniagaan beliau semakin dikenali melalui aktiviti pameran semasa program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet di area sekitar PI dan tempahan sticker semakin meningkat melalui hebahan pameran kepada komuniti setempat dan juga bantuan promosi daripada petugas Pusat Internet.