USAHAWAN PERKHIDMATAN
Nama : Naimah Binti Bakrin Umur : 43 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Puan Naimah dan En. Zamry Abdullah menjalankan perniagaan bengkel membaiki kereta bermula dari bengkel rumah ke rumah saja kini sudah memiliki bengkel sendiri dengan menawarkan perkhidmtan membaiki, mengimpal dan mengecat kereta untuk pelbagai jenis kereta. Puan Naimah berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan sudah berumah tangga dan mempunyai tiga orang anak. Puan Naimah banyak membantu suaminya dalam pengurusan (admin) seperti maklumat-maklumat pelangan mereka dan En. Zamry menjalankan perniagaan bengkel membaiki kereta yang bermula dari rumah ke rumah saja. Mereka berminat untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka sebuah bengkel kereta milik mereka sendiri. Oleh itu, Pn Naimah tertarik untuk menjadi ahli Pusat Internet Kg Ranau dan seterusnya mengikuti latihan keusahawanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan celik ICT memandangkan pada zaman kini kebanyakan usahawan menggunakan pemasaran secara digital atas kemajuan teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran masa dan media sosialiti yang menjadi informasi dan penelus kepada masyarakat kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, mereka hanya menggunakan media whatsapp ataupun berjumpa terus dengan pelanggan untuk memberi perkhidmatan membaiki kereta dari rumah ke rumah. Setelah berjaya mendapat tempat untuk membuka bengkel kereta, Pn Naimah dan suami berusaha untuk mempromosikan bengkel kereta kepada masyarakat sekitarnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penglibatan PI, Puan Naimah kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan seterusnya mempromosikan bengkel kereta kepada masyarakat sekitarnya. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan. Kini perniagaan mereka lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang mereka jalankan. Modal perniagaan mereka juga turut meningkat.