mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q3 2019 – Cik Nurain Binti Sipin

 Nama         :  Nurain Binti Sipin

 Umur         :  23Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Cik Nurain merupakan seorang lepasan STPM yang masih mencari dan menunggu panggilan pekerjaan. Sementara itu beliau hanya membantu ibunya dirumah dan menjadi ahli sukarelawan di Pusat Internet. Selain daripada itu, Cik Nurain akan membuat kerja sambilan di salah sebuah syarikat swasta ( pelancongan Kota Belud ) sekiranya mendapat panggilan kekosongan pekerja bertugas pada ketika itu.  Cik Nurain juga merupakan seorang ahli kelab belia di kampung Ranau yang mana sangat aktif bergiat didalam aktiviti kemasyarakatan. Cik Nurain juga menyandang jawatan sebagai pembantu setiausaha dan AJK pelaksana didalam Kelab tersebut. Pada tahun 2018, Cik Nurain telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau berhasrat dengan adanya kemahiran ICT daripada Pusat Internet dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau untuk persediaan kepada alam pekerjaan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Cik Nurain hanya menjalankan aktiviti hariannya membantu ibu membuat kerja-kerja rumah dan mencari pekerjaan. Sebelum adanya Pusat Internet, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikuti mana-mana kelas ICT. Beliau hanya memfokuskan untuk mencari pengalaman pekerjaan diluar dan melakukan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Kampung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Cik Nurain Binti Sipin menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan belajar tentang asas Microsoft office dan juga media ICT melalui Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain. Cik Nurain juga banyak membantu menjayakan aktiviti atau program di Pusat Internet Kg Ranau dan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama. Disamping itu, Cik Nurain menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer untuk mencari pekerjaan secara talian melalui laman web SPA8 serta dapat bimbingan daripada petugas PI dalam membuat Resume. Kini, Cik Nurain telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT. Di samping itu juga, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran beliau dalam bidang ICT untuk masa depan beliau dan sebagai ilmu untuk digunakan didalam alam pekerjaan kelak.