mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN Q3 2018 – Cik Nur Fadlhlin Sakina Binti Pudin

 Nama         :  Nur Fadlhlin Sakina Binti Pudin

 Umur         :  21 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Cik Nur Fadlhlin Sakina Binti Pudin berasal daripada Kota Kinabalu tetapi kini beliau menetap di Kampung Ranau Kota Marudu. Cik Nur Fadlhlin berumur 21 tahun dan berstatus bujang. Kini beliau hanya memfokuskan aktiviti pembuatan gelang maniknya dirumah sementara itu beliau juga menunggu keputusan temuduga kerja di sesebuah syarikat di Kota Kinabalu. Cik Nur Fadlhlin menjalankan aktiviti perniagaan kraftangan gelang manik kerana ingin mengikuti jejak langkah ibunya yang juga berlatarkan seorang bussineswomen. Selain daripada membuat perniagaan kraftangan gelang manik secara kecil-kecilan, beliau juga membuat perniagaan secara online iaitu sebagai agen dropship dan menjual barangan preloved item. Beliau mendapat info bahawa PI KG Ranau ada menyediakan kelas dan bengkel keusahawanan. Cik Nur Fadlhlin kemudian mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ahli PI kerana tertarik dengan tawaran latihan keusahawanan dan program keusahawanan yang akan dijalankan di PI Kg Ranau. Cik Nur Fadlhlin kini sudah mengikuti kursus latihan keusahawanan Modul pertama iaitu suntingan imej dan belajar bagaimana media sosial berfungsi dalam mempengaruhi perniagaannya di laman sosial seperti instagram dan juga facebook. Selain itu juga, pengaruh multimedia seperti strategi pemasaran melalui tayangan video memainkan peranan penting dan dari situ perniagaan Cik Nur Fadlhlin Sakina lebih diketahui orang ramai yang mana pada sebelum ini hanya sanak -saudara sahaja yang mengetahui.  

 

 Apa yang dipelajari melalui PI

  • Mendapat bimbingan cara melayari internet untuk mencari maklumat dan mendapatkan maklumat
  • Mempelajari cara membuat email
  • Mempelajari cara untuk memasarkan produk di laman web seperti Instagram dan Facebook
  • Mempelajari cara membuat logo/sticker menggunakan perisian Adobe Photoshop 
  • Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • Mempelajari cara untuk menarik pelanggan untuk membuat tempahan menggunakan medium Whatsapp.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI membantu dan memberi idea dalam penghasilan ‘sticker’ produk
  • PI membantu mempromosikan produk dengan meletakkan produk di PI
  • Memberi kelas tambahan yang diperlukan