mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN Q2 2019 – Puan Rosnita Binti Tassin

 Nama         : Rosnita Binti Tassin

 Umur         :  30 Tahun

 Ahli            :  2019

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan & Latar belakang

Puan Rosnita berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan sudah berumah tangga dan mempunyai enam orang anak. Puan Rosnita menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis roti dan kek seperti kek Lapis, Kek Black Forest, Fresh Cream, Kek Birthday, Cup Cake, Kek Coklat dan sebagainya. Beliau berminat untuk memulakan perniagaan bakeri dari rumah disebabkan oleh terlalu minat terhadap bidang pembuatan kek dan roti dan ingin menambah hasil pendapatan seisi rumah dan membantu suaminya mencari sumber pendapatan lain. Disamping itu juga, beliau turut menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburinya. Dengan itu, beliau tertarik untuk menjadi ahli Pusat Internet Kg Ranau dan seterusnya mengikuti latihan keusahawanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan celik ICT memandangkan terdapat banyak kelebihan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada setiap usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun dan dapat menaikkan imej dan kredibiliti usahawan dalam memasarkan produk mereka sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan meletakan jualannya di kedai-kedai makanan.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan PI, Puan Rosnita kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan roti dan kek beliau. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan. Kini perniagaan beliau lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan. Modal perniagaan Puan Salmie juga turut meningkat dari RM100 (Dahulu) ke RM250 (Kini).