USAHAWAN CELIK IT
Nama : Yusup Bin Bakrin Umur : 40Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Encik Yusup Bakrin merupakan seorang pekerja sektor kerajaan di Mahkamah Anak Negeri Kota Marudu yang memegang jawatan sebagai ketua anak negeri dan merupakan ahli pusat internet pada tahun 2018. Encik Yusup Bakrin merupakan penduduk Kampung Ranau yang sangat giat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan banyak memberi sokongan kepada Pusat Internet didalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan untuk komuniti Kampung Ranau. Beliau sangat berminat dengan ilmu pengetahuan ICT dan bidang teknologi media. Oleh yang demikian, beliau mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet dan mengikuti secara konsisten terhadap kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet untuk menambah ilmu pengetahuan didalam bidang ICT terutama bidang media teknologi terkini iaitu perisian adobe photoshop cs6 dan movie maker. Walaupun beliau sudah mempunyai kemahiran asas tentang ilmu komputer tetapi beliau tetap mengikuti kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet untuk meningkatkan lagi ilmu beliau terutama didalam bidang teknologi media iaitu asas pembikinan video dan belajar tentang perisian Adobe Photoshop.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Encik Yusup Bakrin hanya menjalankan aktiviti hariannya dengan bekerja sebagai Ketua Anak Negeri dan tidak pernah timbul minat atau terfikir untuk mengikuti mana-mana kelas tentang pengetahuan ICT kerana faktor usia yang sudah meningkat dan faktor kekangan waktu kerja. Beliau hanya mahir menggunakan media asas baru seperti Facebook, Instagram dan juga whatsapp dan beberapa ilmu asas Microsoft office 2010. Untuk ilmu pengeditan video dan perisian adobe , beliau agak kurang mahir menggunakannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas wujudnya Pusat Internet di Kampung Ranau, Encik Yusup menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau memandangkan skop pekerjaannya yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan ICT iaitu penggunaan Microsoft Office dan juga minat beliau yang mendalam untuk mempelajari ilmu penciptaan video dan foto editing. Setelah Berjaya mengikuti kelas yang dijalankan di Pusat Internet secara konsisten, kini Encik Yusup Bakrin telah berjaya menguasai asas penggunaan Microsoft Office 2016 yang baharu dan telah memahami secara asas tentang cara penggunaan komponen-komponen yang terdapat didalam Microsoft Office 2016 dan juga telah mahir dalam bidang pengeditan movie maker dan perisian Adobe Photoshop. Di samping itu, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan hasil kerja yang berkualiti dan akan memperkembangkan bakat dan minat beliau dalam bidang pengeditan video dan fotografi serta menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk melayari Internet dan menggunakan kemudahan komputer yang disediakan.