USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Nama : Nurain Binti Sipin Umur : 24 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Cik Nurain merupakan seorang pelajar lepasan STPM yang masih mencari dan menunggu panggilan pekerjaan. Sementara menunggu panggilan pekerjaan, Cik Nurain membantu keluarganya menjalankan perniagaan menjual Keropok Lekor secara kecil-kecilan. Beliau pada awalnya hanya menggunakan kenalan sahabat dan keluarga untuk menjual keropok lekor mereka. Pada tahun 2018, Cik Nurain telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau kerana tertarik dengan tawaran kelas ICT serta program keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau aktif mengikuti setiap kelas yang dibuat di Pusat Internet, dengan ilmu dan pengetahuan yang telah perolehi dapat mengembangkan pengeluaran hasil jualan keropok lekor keluarga mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan meletakan hasil jualan mereka di kedai-kedai makanan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penglibatan PI, Cik Nurain kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan keropok lekor keluarga mereka. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan. Kini perniagaan keluarga mereka lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan.