USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Nama : Salmie Binti Salai Umur : 33 Tahun Ahli : 2018 |
Bentuk Perniagaan & Latar belakang
Puan Salmie berasal daripada Kampung Ranau Kota Marudu dan sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki. Puan Salmie menjalankan perniagaan kerepek kering seperti kerepek ubi kayu, kerepek pisang dan kuih-muih tradisional seperti kuih lidah dan kuih kering (perisa pedas dan manis) . Beliau berminat untuk memulakan perniagaan kerepek kerana terpengaruh oleh kakak iparnya yang juga berniaga kerepek dan menyatakan bahawa ingin menambah hasil pendapatan seisi rumah dan membantu suaminya mencari sumber pendapatan lain. Disamping itu juga, beliau turut menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang usahawan kecil-kecilan yang berjaya. Dengan itu, beliau tertarik untuk menjadi ahli Pusat Internet Kg Ranau dan seterusnya mengikuti latihan keusahawanan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan celik ICT memandangkan pada zaman kini kebanyakan usahawan menggunakan pemasaran secara digital atas kemajuan teknologi yang semakin canggih mengikut peredaran masa dan media sosialiti yang menjadi informasi dan penelus kepada masyarakat kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, beliau hanya menggunakan media whatsapp sahaja untuk berhubung dengan pelanggan dan membawa jualan kerepek ke tempat-tempat sasaran seperti peniaga kecil-kecilan untuk memborong, gerai makan, koperasi dan juga kantin sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penglibatan PI, Puan Salmie kini lebih mahir tentang penggunaan media sosial untuk menarik pelanggan dan memperluaskan perniagaan kerepek beliau. Dengan bimbingan dan latihan keusahawanan yang beliau ikuti di PI, beliau juga dapat mempelajari teknik-teknik suntingan imej produk dan logo produk yang lebih menarik untuk diiklankankepada pelanggan. kini perniagaan beliau lebih dikenali oleh penduduk kampung dan juga seluruh tempat kerana beliau sangat aktif di laman Facebook miliknya untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan. Modal perniagaan Puan Salmie juga turut meningkat dari RM50 (Dahulu) ke RM150 (Kini).