mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1 2019 – Encik Salleh Bin Manang

 Nama         :  Encik Salleh Bin Manang

 Umur         :  49Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Encik Salleh Manang merupakan seorang pekerja pengawal keselamatan (sekuriti) di sebuah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya iaitu di Sekolah Kebangsaan Rendah Ranau Kota Marudu (bekerja sejak tahun 2005 hingga kini). Disamping pekerjaan beliau sebagai sekuriti, Encik Salleh menjalankan perniagaan perkhidmatan “Pa system” untuk menambah pendapatannya. Encik Salleh sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Encik Salleh mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang asas tentang ilmu pengetahuan komputer/ICT, oleh yang demikian Encik Salleh berminat untuk mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet Kg Ranau untuk mempelajari ilmu komputer dan belajar asas ICT untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya walaupun sudah berada dipertengahan usia. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Encik Salleh hanya menjalankan aktiviti hariannya dengan bekerja sebagai sekuriti dan tidak pernah timbul minat atau terfikir untuk mengikuti mana-mana kelas tentang pengetahuan ICT kerana faktor usia yang sudah meningkat. Beliau hanya mahir menggunakan telefon bimbit dan mengetahui penggunaan beberapa aplikasi seperti whatsapp dan juga Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas wujudnya Pusat Internet di Kampung Ranau, Encik Salleh menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan berminat untuk mengikuti kelas secara konsisten untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan belajar tentang asas Microsoft office. Kini Encik Salleh telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT. Di samping itu juga, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan perniagaan perkhidmatan karaoke beliau dengan memuat turun lagu-lagu karaoke di laman Youtube dan menjadikan Pusat Internet sebagai tumpuan pencarian bahan untuk melayari internet.