| TARIKH | 19 Feb 2026 (Khamis) |
| MASA | 2.30 Am – 4.00 Pm |
| LOKASI | NADI Kg Ranau |
| JUMLAH PESERTA | 13 Orang Peserta |
| TUJUAN Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat sepanjang bulan Ramadan di samping membantu peserta menurunkan berat badan secara terkawal dan selamat. Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang konsisten serta pemantauan kesihatan secara berkala. |
| AKTIVITI Sepanjang tempoh cabaran, peserta telah menjalani sesi penimbangan berat badan dan pengukuran BMI sebagai rekod pemantauan. Peserta turut diberikan panduan berkaitan pemilihan makanan sihat ketika sahur dan berbuka puasa serta digalakkan melakukan aktiviti senaman ringan secara konsisten. Pemantauan tekanan darah dan nasihat kesihatan juga dilaksanakan bagi memastikan peserta berada dalam keadaan sihat sepanjang program berlangsung. Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberi pendedahan dan motivasi kepada peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat, seterusnya membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya dengan lebih cergas dan bertenaga. |
| GAMBAR DISINI |