|
Tarikh : 19 Ogos 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 20 Orang |
Tujuan
Program semarak patriotisme yang di jalankan adalah bertujuan untuk memberi suntikan semangat cintakan negara di kalangan generasi muda khususnya anak-anak kecil. Selain itu, para pelajar dapat menyemai perasaan cintakan kedamaian seperti yang dikecapi pada kini. Melalui program ini, generasi muda dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu di kalangan warga komuniti sekaligus dapat memupuk semangat silaturahim dan menanam semangat cintakan negara. Program sebegini juga salah satu menaikkan perasaan patriotik di kalangan pelajar sekolah dan memberi maklumat kepada para pelajar tentang pentingnya sebuah kemerdekaan kepada negara.
Aktiviti
Para pelajar terlebih dahulu diberi pengenalan tentang tayangan filem merdeka yang akan di tayangkan. Filem merdeka ” Sarjan Hassan” yang mengambil masa sepanjang 1 jam 50 minit perlu di tonton oleh para peserta supaya mereka dapat memahami jalan cerita tersebut dan memudahkan mereka menjawab soalan kuiz yang akan di berikan selepas penayangan filem “Sarjan Hassan” sudah habis. Kuiz “Sarjan Hassan” di teruskan lagi apabila para pelajar sudah berjaya memahami setiap jalan cerita tersebut. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami dan menyemai semangat cintakan Negara kita. Sekaligus, dapat di jadikan iktibar pada masa akan datang.