mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x KESEDARAN: TAKLIMAT PENGASUHAN DIGITAL

TARIKH19 & 21 & 28 Januari 2026
MASA3.00 Pm – 4.00 Pm
LOKASINADI Kg Ranau
JUMLAH PESERTA6 ORANG PESERTA
TUJUAN
Program Taklimat Pengasuhan Digital sempena Kempen Internet Selamat telah dilaksanakan secara dalam talian bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap kepentingan keselamatan internet dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cabaran serta risiko penggunaan internet, di samping menekankan peranan ibu bapa dalam memantau dan membimbing anak-anak agar menggunakan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.
AKTIVITI
Sepanjang taklimat berlangsung, peserta didedahkan dengan penerangan berkaitan pengasuhan digital, risiko seperti buli siber, penipuan dalam talian serta penyalahgunaan media sosial. Selain itu, perkongsian langkah-langkah pencegahan, penggunaan kawalan ibu bapa dan pengurusan masa skrin turut disampaikan. Program ini diharapkan dapat membantu membentuk persekitaran digital yang lebih selamat serta menyokong institusi keluarga dalam mendidik generasi celik digital.
GAMBAR DISINI