mcmc
Laporan Aktiviti

NADI MAHIR MASAK(BANANA PUDDING & HAEMUL PAJEON)

TARIKH7 Oktober 2025 (Selasa)
MASA9:30 Am – 11:00 Am
LOKASIONLINE YOUTUBE NADI MAHIR
JUMLAH PESERTA7 ORANG PESERTA
TUJUAN
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta dalam menyediakan dua jenis hidangan iaitu pencuci mulut Banana Pudding dan makanan Korea Haemul Pajeon. Kelas ini juga bertujuan meningkatkan minat peserta dalam bidang masakan serta menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui platform dalam talian.
AKTIVITI

Sepanjang kelas dijalankan di laman YouTube Nadi Mahir Masak, para peserta akan menonton demonstrasi memasak secara langsung yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. Peserta akan mempelajari langkah demi langkah penyediaan bahan, teknik memasak, serta tip untuk menghasilkan Banana Pudding yang lembut dan Haemul Pajeon yang rangup. Di akhir sesi, peserta berpeluang mengemukakan soalan dan berkongsi hasil masakan masing-masing melalui ruangan komen atau media sosial Nadi Mahir Masak.