Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti September 2024 – Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Daerah Kota Marudu dan Program Merdeka @ Komuniti DUN TANDEK

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Daerah Kota Marudu dan Program Merdeka @ Komuniti DUN Tandek ini dilaksanakan di Dewan terbuka Pekan Tandek. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hendrus Anding Pembantu Menteri 1, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan / ADUN N7 Tandek.  Sepanjang aktiviti ini berlansung terdapat juga mini karnival seperti pemeriksaan kesihatan percuma kepada komunti, pameran dan derma darah. Selain itu, Kluster NADI Kota Marudu telah diberikan satu slot ceramah yang bertajuk ‘Kenali NADI’ dimana petugas NADI memberi penerangan tentang objektif penubuhan NADI di daerah Kota Marudu serta mempromosikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di NADI daerah Kota Marudu dalam membantu komuniti meningkatkan ilmu ICT serta keusahawanan. Terdapat pelbagai aktiviti lain yang dilaksanakan sepanjang program ini berlansung. Aktiviti ini sekaligus dapat diperkenalkan oleh komuniti setempat untuk menjadikan NADI sebagai one stop center untuk mendapatkan kemahiran ICT dan keusahawanan. 

Aktiviti

Aktiviti ini dilaksanakan di Dewan Terbuka Pekan Tandek yang dihadiri oleh komuniti setempat. Terdapat banyak pameran dan aktiviti lain yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Penerangan Daerah Kota Marudu dan klnik kesihatan Tandek sekaligus dapat membantu komuniti setempat untuk mendapatkan info dan rawatan percuma. 

Gambar Disini