Tarikh : 13 September 2024 Masa : 2:30 Pm – 4:30 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat poster (bendera) atau dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster dan membuat sajak menggunakan canva yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster kemerdekaan mereka. Selain itu, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi canva.