Tarikh : 17 September 2024 Masa : 2:00 Pm – 4:00 Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ini membantu para pelajar dalam memahami konsep dasar kecerdasan buatan (AI), termasuk jenis-jenisnya, bagaimana AI berfungsi, dan bagaimana ia dapat diterapkan dalam konteks pembelajaran. Aplikasi ChatGPT diajar sepanjang kelas ini. Contohnya, penggunaan AI dalam analisis data dan pengambilan keputusan boleh membantu meningkatkan keberkesanan operasi pembelajaran. Selain itu, aktiviti ini dapat menyampaikan pemahaman yang mendalam mengenai pentingnya kesedaran dalam menggunakan internet secara beretika dan efektif.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan Aplikasi ChatGPT . Petugas memberi penerangan cara-cara menggunakan aplikasi ini. Sesi praktikal turut dibuat supaya para peserta dapat memahami asas teknologi kecerdasan buatan (AI) chatgpt dan bagaimana ia boleh digunakan dalam konteks pembelajaran.