|
Tarikh :30 September 2018 Masa :9.00AM- 11.00AM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 21 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini adalah untuk membuka peluang perniagaan kecil-kecilan kepada suri rumah ataupun komuniti setempat untuk menambah pendapatan sampingan melalui perniagaan produk madu as-sunnah yang dibimbing oleh Encik Amir Sah iaitu seorang usahawan kecil-kecilan yang sangat aktif di area Kota Marudu ini. Tujuan program ini juga adalah untuk mendekatkan ahli pi dengan Pi Kg Ranau. Disamping itu, program ini juga adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman berniaga bersama dengan Encik Amir Sah.
Aktiviti
Program dimulai dengan sesi pengenalan biodata diri encik Amir Sah sebagai seorang usahawan kecil-kecilan produk madu asli as-sunnah iaitu madu tualang asli dan juga madu hijau yang mana perniagaan madu tersebut sangat mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai pelanggan yang menginginkan madu sebagai inisiatif perubatan tradisional mereka mahupun dijadikan sebagai minuman kesihatan hari-harian. Kemudian encik Amir Sah membuat demonstrasi untuk memperlihatkan keaslian madu tualang yang beliau jual. Encik Amir Sah juga memberi peluang kepada peserta yang ingin menjadi agent dropship beliau dengan kadar harga yang berpatutan dan agent akan mendapat keuntungan daripaada hasil jualan tersebut. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik daripada ahli Pi dan dapat membantu komuniti untuk mempunyai hasil pendapatan sampingan yang berbaloi.