|
Tarikh : 20 September 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Tujuan bengkel ini adalah untuk meraih ahli pi kg ranau iaitu golongan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dimana petugas pi akan membantu mereka dari segi persiapan untuk menjawab soalan peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 24 september 2018 ini. Selain itu juga, bengkel ini diadakan untuk membimbing dan mengajar mereka akan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR. Disamping itu, mereka juga turut menggunakan kaedah online untuk melihat contoh-contoh soalan UPSR. Bengkel UPSR ini juga adalah untuk mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberi tugasan untuk menjawab contoh-contoh soalan UPSR oleh petugas PI. Selesai mereka menjawab , petugas pi akan membuat sesi perbincangan jawapan bersama mereka dan menegur kesilapan cara menjawab sebagai pembetulan. Secara keseluruhannya, bengkel ini mendapat sambutan yang baik oleh ahli pi kg ranau iaitu adik-adik yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan ini.