Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2024 – Program Advokasi Klik dengan Bijak (Buli siber) SMK Kota Marudu II Bersama Kluster NADI Kota Marudu

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Advokasi Klik dengan bijak bersama Kluster NADI Kota Marudu. NADI telah mendapat jemputan dari pihak sekolah SMK Kota Marudu II untuk memberi taklimat berkenaan dengan Advokasi Klik dengan Bijak yang bertajuk Buli Siber. Jemputan program ini untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah SMK Kota Marudu II. Seramai 70 Orang peserta yang merangkumi pelajar tingkatan 6 Rendah. Antara taklimat yang disampaikan oleh Petugas NADI adalah Buli siber dan kuiz KDB. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang buli siber yang semakin meningkat dalam kalangan pelajar sekolah. Selain itu, terdapat ramai pelajar pada masa kini tidak mengetahui apa itu buli siber yang boleh mengakibatkan seseorang mangsa buli siber mendapat kesan yang buruk. Dengan adanya pendedahan awal ini pelajar sentiasa berwaspada menggunakan kemudahan teknologi terkini terutamanya internet. 

Aktiviti

Para Petugas memberi taklimat berkenaan dengan Advokasi klik dengan bijak bersama dengan pelajar. Sepanjang sesi taklimat, para pelajar akan diberi soalan berkaitan dengan topik yang telah disampaikan oleh petugas NADI. Bagi pelajar yang dapat menjawab dengan betul akan diberi hadiah dari petugas. Program Advokasi Klik dengan Bijak ini sangat penting bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penggunaan internet dalam kehidupan harian. 

Gambar Disini