|
Tarikh : 08 Ogos 2018 Masa : 2.00PM- 4.30PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 18 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk menguji minda para peserta golongan kanak-kanak dan juga remaja secara offline (praktikal). Disamping itu, program ini bertujuan untuk mendekatkan mereka sebagai ahli PI dengan PI Kg Ranau. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka pada sebelah petang. Program indoor games ini juga diadakan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan komputer pada masa kini. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama ahli PI dan Komuniti setempat.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan memberi sedikit taklimat Klik Dengan Bijak dan kepentingan komputer pada masa kini. Disini, petugas PI mengambil peluang untuk memberi info kepada pelajar sekolah untuk menggunakan keahlian mereka dengan betul iaitu bertujuan untuk mendapatkan ilmu berkenaan ICT ataupun bertujuan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah selain mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti program indoor games tersebut. Antara permainan yang disediakan ialah permainan Catur, Congkak, Sahiba dan juga permainan mathematical Intelligence (aeroplane maze). Secara keseluruhannya, program Indoor Games ini mendapat sambutan yang baik daripada ahli PI Kg Ranau dan memberi kesan yang baik kepada peningkatan minda mereka dan juga pengetahuan dan kesedaran ICT.