|
Tarikh : 11 Ogos 2018 Masa : 8.00AM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 19 Orang |
Tujuan
Program ini merupakan program kerjasama bersama pihak JNJ Management Consultant Sdn. Bhd yang dijalankan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Program ini merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Program e-usahawan ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan belia dan usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana. Disamping itu ianya turut memberi peluang kepada peserta yang terlibat untuk menerokai ilmu perniagaan secara atas talian dan membantu mereka untuk mengembangkan lagi hasil perniagaan selaras dengan agenda ekonomi digital negara. Selain daripada itu, program kerjasama ini juga bertujuan untuk menarik perhatian komuniti luar untuk mengenali fungsi Pusat Internet Kg Ranau dan seterusnya mempromosikan PI Kg Ranau akan kebaikan sekiranya menjadi sebagai ahli. Manakala untuk ahli PI pulak ianya merupakan satu peluang besar bagi mereka untuk meningkatkan lagi ilmu keusahawanan didalam dunia perniagaan secara online. Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya asas pengetahuan komputer pada masa kini kepada golongan belia.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan sesi pengenalan tentang program e-usahawan yang diseliakan oleh dua orang Jurulatih khas daripada JNJ Management Consultant Sdn.Bhd dan dibantu oleh petugas PI. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan berkongsikan teknik-teknik perniagaan kepada para peserta. Disini mereka diajar tentang bagaimana untuk mencari atau menghasilkan sesebuah idea menarik agar produk mereka lain daripada yang lain. Topik ini dijalankan selama 30 minit kemudian diteruskan dengan sesi praktikal bagaimana untuk menghasilkan akaun perniagaan didalam media sosial seperti facebook , whatsapp, instagram dan sebagainya. Disini para peserta akan diajar secara satu persatu dan terperinci. Seterusnya mereka diajar bagaimana untuk mempromosikan produk atau hasil perniagaan mereka melalui akaun yang sudah dicipta. Secara keseluruhannya, program e-usahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada golongan belia yang berminat didalam dunia perniagaan secara online. Secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada mereka akan kepentingan pengetahuan ICT pada masa kini.