Tarikh : 18 Mei 2024 Masa : 2.00Pm – 3.30Pm Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas soft skills iaitu melukis dengan menggunakan microsoft paint bertujuan untuk memberikan kemahiran melukis kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka.
Aktiviti
Petugas memulakan sesi penerangan mengenai fungsi peralatan yang terdapat dalam microsoft paint dan memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan kreativiti tersendiri.