Tarikh : 13 Jun 2024 Masa : 10.00Am – 11.30Am Lokasi : NADI Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Cik Amira yang merupakan pelajar lepasan STPM mendapatkan bimbingan dari petugas NADI Kg Ranau untuk menghasilkan resume yang ringkas dan padat. Selain itu, aktiviti ini boleh memberikan pendedahan kepada para belia mengenai penghasilan resume yang boleh dibuat oleh mereka dengan mengikuti kelas ict yang diadakan di NADI Kg Ranau.
Aktiviti
Teknik membuat resume ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas NADI Kg Ranau mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Kemudian, mereka akan melengkapkan maklumat peribadi dan semua maklumat penting untuk menyiapkan satu resume yang lengkap.