mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Jun 2024 – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program JIWA ini merupakan salah satu program tahunan Jabatan Penerangan Kota Marudu dan telah bekerjasama dengan NADI Kg Ranau. Pelbagai agensi yang juga turut terlibat dalam menjayakan program ini seperti peladang, perkeso dan sabah elektrik. Selain itu, Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan lagi NADI kepada para komuniti dan menyampaikan taklimat mengenai advokasi kdb agar dapat diambil tahu oleh setiap komuniti yang ada di sebuah perkampungan.

Aktiviti

Kluster NADI Kota Marudu yang hadir sebagai jemputan telah memberikan taklimat ringkas kepada komuniti tentang pengenalan NADI iaitu sebagai pusat sebaran maklumat nasional yang boleh dijadikan rujukan buat komuniti untuk terus mendapatkan maklumat penting. Seterusnya, advokasi KDB juga turut disampaikan oleh petugas NADI yang membawakan topik mengenai waspada berita palsu yang semakin menjadi trend pada masa kini. Oleh itu, komuniti kini boleh sentiasa mengikuti perkembangan tentang maklumat terkini untuk menjadi celik IT dunia digital.

Gambar Disini