mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Jun 2024 – Latihan Keusahawanan (Sesi Bisnis Cemerlang)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan bersama pihak unifi dengan kerjasama kluster NADI kota marudu dijalankan untuk memberikan penerangan tentang plan unifi yang boleh diambil oleh para ushawanan bagi mengembangkan perniagaan mereka dalam rangkaian internet. Selain itu, pihak unifi juga turut memberikan penjelasan mengenai kelebihan yang ada dalam plan keusahawanan yang boleh mereka dapati. Tambahan pula, NADI turut memberikan kerjasama untuk memberikan pendapat dan bimbingan kepada para usahawan untuk menentukan plan keusahawanan mereka agar pemasaran produk mereka dapat ditingkatkan lagi.

Aktiviti

Petugas NADI telah menyediakan tempat bagi pihak unifi dan usahawan untuk perbincangan mengenai perniagaan mereka. Seterusnya, pihak unifi menjelaskan beberapa kelebihan dalam pakej usahawan unifi yang boleh didapati oleh para usahawan. Di samping itu, pihak unifi juga memberikan tawaran hebat kepada para usahawan seperti simkad percuma yang boleh digunakan untuk mengakses internet dengan mudah dan tanpa had.

Gambar Disini