mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Jun 2024 – Advokasi KDB (Semak Fakta)

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi KDB semak fakta ialah inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan secara positif dalam kalangan pelajar dengan berdasarkan 3 teras utama iaitu, selamat, waspada dan tanggungjawab. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang fakta yang dikongsi perlulah disemak sebelum berkongsi dengan masyarakat setempat. Oleh itu, para pelajar yang mengikuti kelas ini dapat mengetahui cara untuk menyemak fakta sebelum berkongsi bersama kerana maklumat yang akan dikongsikan sangat penting dan boleh mempengaruhi masyarakat setempat.

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan di NADI Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan tentang cara untuk menilai maklumat dengan cara yang betul dan tepat iaitu dengan mengetahui sumber seterusnya memahami fakta tersebut serta menyelidik dan menilai fakta. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk menonton video advokasi klik dengan bijak (semak fakta) untuk memudahkan mereka lebih memahami tentang semak fakta yang perlu diketahui oleh setiap pengguna internet.

Gambar Disini