Tarikh : 24 Jun 2018 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI Kg Ranau Peserta : 12 Orang
|
Tujuan
Pertandingan mewarna poster ICT ini bertujuan untuk menguji daya kreativiti para pelajar sekolah rendah untuk menghasilkan ilustrasi kepelbagaian ton warna didalam poster sekaligus memberi pendedahan kepada pengenalan ICT didalam kalangan pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan taklimat berkenaan kempen Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar yang terlibat.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para pelajar oleh staff PI dan disaksikan oleh para ibubapa yang turut hadir. Untuk pertandingan mewarna poster ICT, para peserta disuruh untuk mewarnakan poster berilustrasikan perkataan ICT dan beberapa gambar lukisan komputer untuk diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing. Para peserta juga turut diberi masa mewarna selama 1 jam untuk menyiapkan hasil warna poster mereka. secara keseluruhannya, para peserta memberi impak yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan dan dapat mempelajari serba sedikit tentang seni ilustrasi warna didalam poster.