Tarikh : 20 Julai 2024 Masa : 9:30 Am – 12:30 Pm Lokasi : NADI Kg Tandek Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan persiapan teknikal dari urusetia / pengurusan teknikal dan diikuti dengan kehadiran komuniti dan Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu. Sesi taklimat mempromosikan NADI turut dilaksanakan untuk membantu para komuniti untuk memahami objektif penubuhan NADI. Petugas NADI memberikan penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di NADI serta kelas-kelas usahawan dan Advokasi. Selain itu, NADI juga boleh dijadikan sebagai one stop center kepada komuniti untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang melibatkan penggunaan internet dan komputer. Setelah acara Tayangan secara lansung ini dilaksanakan, Edaran penerbitan turut dilaksanakan oleh pihak Jabatan Penerangan Kota Marudu.