mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Julai 2018 – Program Advokasi Zumba & KDB

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada penduduk kampung ranau yang sudah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet Kg. Ranau Kota Marudu sekaligus menjalankan kempen “Myhealth” yang terdapat didalam aplikasi Mydashboard Komuniti dengan aktiviti senam zumba. Program ini juga bertujuan untuk memberi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para ibubapa dan kanak-kanak yang terlibat didalam program ini. Disamping itu juga program ini bertujuan untuk memperkenalkan tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini kepada komuniti setempat serta memberi penjelasan tentang kesan baik dan buruk akan ICT didalam kalangan masyarakat. Selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet kepada komuniti setempat yang belum mengetahui akan kewujudan pusat ini di kampung Ranau Kota Marudu.  

Aktiviti

Program dimulai dengan menjalankan aktiviti senam zumba selama 30 minit yang dibimbing oleh petugas PI sendiri dan dibantu oleh ahli skuad PI Kg Ranau. Kemudian program diteruskan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan akhir sekali sesi pengenalan aplikasi My Dashboard Komuniti kepada penduduk kampung Ranau yang terlibat. Sesi soal jawab juga dijalankan pada akhir program. Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang baik terhadap komuniti setempat dan juga Pusat Internet sendiri dimana mereka lebih mengetahui akan fungsi Pusat Internet  dan tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Ranau. 

Gambar Di Sini