|
Tarikh : 19 Januari 2024 Masa : 2.30Pm – 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar terus aktif terlibat dengan PEDi Kg Ranau dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka. Para peserta mempelajari kemahiran menyunting poster secara online melalui suntingan imej dengan menggunakan poster template www.canva.com dan hasil poster mereka boleh digunakan.
Aktiviti
Kelas multimedia ini diterangkan oleh petugas tentang cara untuk menghasilkan poster yang kreatif. Seterusnya, para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan satu poster yang menarik mengikut hasil kreativiti masing-masing. Melalui aktiviti ini, para pelajar akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara atas talian dan menggunakan aplikasi lain seperti power point dan canva.