|
Tarikh : 07 Februari 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta :13 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai permainan pendidikan melalui online. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji minda para peserta dengan aktiviti permainan pembelajaran subjek iaitu berdasarkan nombor matematik, inggeris, sains dan juga aktiviti susunan puzzle. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan laman web www.abcya.com. Petugas PI Kg Ranau memberi penerangan ringkas mengenai permainan pendidikan melalui online kepada peserta. Kemudian peserta dikehendaki melakukan aktiviti bersama rakan-rakan menggunakan laman web ini.