|
Tarikh : 06 Disember 2018 Masa : 2.30PM – 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak dan remaja bertanya berhubung alam semula jadi, belajar mencari dan memikirkan jawapan pada persoalan, menguasai kemahiran, belajar sains dan teknologi setiap hari dalam kehidupan. Disamping itu, melalui aktiviti ini dapat membantu mengisi masa cuti sekolah mereka dengan berfeadah.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan konsep Sains dan Teknologi mengenai kepentingan kedua-duanya yang terdapat didalam Science & Technology Kids.com. Kemudian, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan secara online di komputer . Setelah siap menyiapkan tugasan, para petugas PI Kg Ranau membuat sesi soal jawab kepada peserta supaya mereka lebih dapat belajar dan memahami konsep sains dan teknologi secara tidak langsung.