mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x KIDVENTURE: Video Pembelajaran Operasi Perniagaan

TARIKH7 Feb 2026 (Sabtu)
MASA10.00 Am – 12.00 Pm
LOKASINADI Kg Ranau
JUMLAH PESERTA3 Orang Peserta
TUJUAN
Program KIDVENTURE: Operasi Perniagaan merupakan satu inisiatif yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang asas operasi perniagaan. Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar memahami konsep jual beli, pengurusan perniagaan secara ringkas serta kepentingan perancangan dan disiplin dalam menjalankan sesuatu perniagaan. Melalui program ini, pelajar turut dididik tentang nilai kerjasama dan tanggungjawab dalam dunia keusahawanan.
AKTIVITI
Sepanjang program berlangsung, pelajar didedahkan dengan penerangan ringkas mengenai proses operasi perniagaan termasuk pengurusan jual beli dan kos. Aktiviti interaktif seperti simulasi perniagaan, perbincangan contoh situasi harian serta sesi soal jawab dan kuiz turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami, sekali gus membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam kehidupan seharian.
GAMBAR DISINI