mcmc
Laporan Aktiviti

KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) SK RANAU

TARIKH15 Januari 2026 (Khamis)
MASA9.30 Am – 12.00 Pm
LOKASISEKOLAH KEBANGSAAN RANAU
JUMLAH PESERTA197 ORANG PESERTA
TUJUAN
Kempen Internet Selamat ini dilaksanakan kepada pelajar sekolah bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan awal tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Seiring dengan perkembangan teknologi digital serta pendedahan awal pelajar terhadap peranti dan media sosial, kempen ini bertujuan melindungi pelajar daripada risiko ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat palsu dan penyalahgunaan internet. Selain itu, kempen ini juga bertujuan membentuk sikap berhemah serta penggunaan teknologi yang positif dalam kalangan pelajar sejak usia muda.
AKTIVITI
Sepanjang pelaksanaan Kempen Internet Selamat di SK Ranau, satu sesi ceramah telah diadakan bagi memberi penerangan berkaitan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Ceramah ini telah disampaikan secara interaktif dengan penggunaan contoh situasi harian yang mudah difahami oleh pelajar. Kempen ini telah melibatkan seramai 197 orang pelajar serta disertai oleh 27 orang guru.
Sebagai pengukuhan kepada ceramah yang disampaikan, satu aktiviti kuiz turut dilaksanakan bagi menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan, di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.
GAMBAR DISINI