USAHAWAN CELIK IT
Nama : Ajman Bin Abu Bakar Umur : 26 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Encik Ajman merupakan anak kelima dalam 6 orang adik beradik dan berasal dari Kampung Ranau Kota Marudu Sabah. Encik Ajman berusia 26 tahun. Ayah beliau merupakan seorang petani dan ibunya adalah seorang peniaga kecil-kecilan yang menjual kuih. Beliau hanya membantu ibubapanya setelah tamat persekolahan dan sehingga kini masih lagi belum mendapat pekerjaan. Oleh yang demikian, Encik Ajman mengambil kesempatan dan merebut peluang untuk menambah ilmu di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau dengan mengikuti kelas ICT secara konsisten dan mendaftarkan diri sebagai ahli pada tahun 2018. Beliau berhasrat dengan adanya kemahiran ICT daripada Pusat Internet Komuniti akan dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran beliau untuk persediaan kepada alam pekerjaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Komuniti Kg Ranau, Encik Ajman hanya menjalankan aktiviti harian di Kampung halaman ibunya di Kota Belud dengan menjalankan perniagaan kuih-muih milik ibunya dan sedang mencari pekerjaan yang sesuai. Sebelum adanya Pusat Internet Komuniti, beliau tidak pernah terfikir untuk mengikuti mana-mana kelas ICT. Beliau hanya memfokuskan untuk mencari pengalaman pekerjaan diluar dan membantu orang tuanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penglibatan di Pusat Internet Komuniti Kg Ranau iaitu dengan mengikuti kelas ICT, Encik Ajman menyedari bahawa pentingnya pengetahuan ICT kepada beliau dan beliau telah mengikuti kelas secara konsisten untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer dengan betul dan belajar tentang asas Microsoft office dan juga belajar perisian media lain seperti Perisian Adobe Photoshop, Movie maker editing dan juga asas-asas teknologi dan multimedia yang lain secara online dan offline. Disamping itu, menyedari akan perkhidmatan Pik Kg Ranau kepada komuniti setempat, Encik Ajman menggunakan peluang sebagai ahli di Pusat Internet Komuniti untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan Komputer bagi mencari pekerjaan secara talian melalui laman web SPA8 serta dapat bimbingan daripada petugas PIKdalam membuat Resume. Kini, Encik Ajman telah berjaya menguasai asas penggunaan komputer dan memahami dengan lebih dalam mengenai kepentingan ICT. Di samping itu juga, Beliau juga menyedari bahawa internet pada masa kini merupakan satu medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan ilmu ICT yang dipelajari untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran beliau dalam bidang ICT untuk masa depan beliau dan sebagai ilmu untuk digunakan didalam alam pekerjaan kelak