mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT Q1 2020 – Mohd Faezalafiq Bin Abdul Razali

 Nama         :  Mohd Faezalafiq Bin Abdul Razali

 Umur         :  12 Tahun

 Ahli            :  2018

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Mohd Faezalafiq merupakan seorang pelajar sekolah di peringkat rendah. Adik Afiq bersekolah di Sk Ranau Kota Marudu yang mana dekat dengan Pusat Internet Kampung Ranau. Oleh yang demikian, adik Afiq telah mendaftarkan diri sebagai ahli di Pusat Internet kerana ingin mengetahui tentang ICT yang ditawarkan serta untuk mendapatkan perkhidmatan Komputer dan internet yand disediakan. Adik Afiq sentiasa berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti kelas-kelas ICT dan juga aktiviti-aktiviti yang menarik yang dijalankan di Pusat Internet. Adik Afiq juga mengambil kesempatan dan peluang tersebut untuk menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk menyiapkan kerja sekolah serta menambah ilmu pengetahuan selain dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet Kg Ranau, Adik Afiq hanya menjalankan aktiviti hariannya di rumah dan sekolah. Adik Afiq juga tidak mengetahui tentang kepentingan dan fungsi computer serta internet pada masa kini. Kesedaran tentang klik dengan bijak sebagai pengguna juga tiada. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penglibatan di Pusat Internet Kg Ranau, Adik Afiq telah mengetahui tentang kepentingan internet dan Komputer didalam kehidupan masyarakat kini. Adik Afiq juga telah mempunyai kesedaran tentang keselamatan penggunaan internet dengan mengikuti kelas KDB (Klik Dengan Bijak) bersama petugas Pusat Internet Kampung Ranau. Selain daripada itu, Adik Afiq telah  Berjaya menguasai asas Microsoft office word, power point, publisher dan perisian computer yang lain. Disamping itu juga, adik Afiq akan menggunakan laman web e-pembelajaran secara online untuk menambah ilmu dan sebagai latihan beliau menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2020 ini.