|
Tarikh : 06 Disember 2019 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 21 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti terutama golongan anak-anak tentang kebaikan dan keburukan gadget dan Youtube didalam kehidupan pada masa kini. Aktiviti ini juga memberi kesedaran kepada para anak-anak tentang fungsi teknologi media komunikasi ini didalam membantu perkembangan minda dan ilmu baharu yang menarik. Walaubagaimanapun, ianya harus dibimbing atau dibawah kawalan ibubapa dan haruslah bertujuan ke arah positif dan membina. Oleh yang demikian, aktiviti ini dilakukan agar para anak-anak komuniti faham dan sedar tentang fungsi baik gadget dan Youtube.
Aktiviti
Aktiviti dimulai dengan sesi penerangan ringkas dan petugas memberi penjelasan tentang fungsi gadget dan youtube serta kebaikan dan keburukannya didalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Kg Ranau kepada komuniti iaitu memberi kesedaran tentang dunia ICT dan sebagainya.