mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x KEUSAHAWANAN

LIVE WEBINAR 7 (PERANCANGAN PERNIAGAAN)

TARIKH02 April 2026 (Khamis)
MASA10.00 Am – 12.00 Pm
LOKASINADI Kg Ranau
JUMLAH PESERTA1 Orang Peserta
TUJUAN
Program perancangan perniagaan secara dalam talian yang dijalankan di NADI Kg Ranau ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep asas perniagaan digital serta membantu mereka memahami cara memulakan perniagaan secara dalam talian dengan kos yang rendah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan platform digital seperti media sosial dan platform e-dagang. Di samping itu, program ini diadakan bagi menggalakkan komuniti setempat menjana pendapatan melalui perniagaan atas talian serta membina keyakinan peserta untuk memasarkan produk atau perkhidmatan mereka secara lebih berkesan melalui medium digital.
AKTIVITI
Sepanjang pelaksanaan program ini, beberapa aktiviti telah dijalankan bagi memastikan peserta mendapat pemahaman yang menyeluruh. Antaranya ialah taklimat pengenalan perniagaan dalam talian yang memberi gambaran awal kepada peserta mengenai peluang dan potensi perniagaan digital. Seterusnya, peserta telah didedahkan dengan latihan membina akaun perniagaan di platform digital seperti Facebook, TikTok dan Shopee. Selain itu, bengkel pemasaran digital turut diadakan bagi memperkenalkan teknik pemasaran yang berkesan termasuk penggunaan poster digital, video pendek dan penulisan ayat promosi. Peserta juga terlibat dalam simulasi jualan secara dalam talian bagi memberi pengalaman praktikal dalam mengendalikan perniagaan. Program ini turut disertakan dengan sesi soal jawab dan perkongsian bagi membolehkan peserta bertukar pandangan serta membincangkan cabaran yang dihadapi dalam perniagaan.
GAMBAR DISINI