mcmc
Laporan Aktiviti

Program Bazar Raya NADI Kg Ranau 2026

TARIKH14 Mac 2026 (Sabtu)
MASA9.00 Am – 4.00 Pm
LOKASINADI Kg Ranau
JUMLAH PESERTATERBUKA
TUJUAN
Program Bazar Raya NADI yang telah diadakan secara serentak di seluruh Malaysia pada 14 Mac 2026 merupakan satu inisiatif yang amat meriah dan memberi manfaat kepada komuniti. NADI Kg Ranau turut mengambil bahagian dalam menjayakan program ini dengan pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan masyarakat setempat.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Kelas Keusahawanan Kidventure yang memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang asas perniagaan, di samping Pertandingan Mewarna yang berjaya menarik minat golongan kanak-kanak untuk turut serta. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain serta jualan oleh usahawan komuniti yang memeriahkan suasana bazar.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk menjana pendapatan kepada usahawan kecil, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti. Secara keseluruhannya, Bazar Raya ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa ekonomi komuniti serta memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat setempat.
GAMBAR DISINI