mcmc
Laporan Aktiviti

NADI x Wellbeing: Cabaran Sihat Ramadan

TARIKH11 Mac 2026 (Jumaat)
MASA2.00 Pm – 4.00 Pm
LOKASINADI Kg Ranau
JUMLAH PESERTA13 Orang Peserta
TUJUAN
Program Cabaran Sihat Ramadan yang dianjurkan oleh NADI Wellbeing merupakan satu inisiatif yang sangat bermanfaat kepada komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat sepanjang bulan Ramadan, di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental ketika berpuasa.
AKTIVITI
Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti cabaran kiraan langkah harian, perkongsian tip pemakanan sihat, serta sesi motivasi untuk kekal aktif walaupun berpuasa. Peserta juga diberi panduan mengenai cara mengekalkan tenaga dan hidrasi yang mencukupi sepanjang hari. Sambutan daripada komuniti amat menggalakkan apabila pelbagai peringkat umur turut serta menyertai cabaran ini.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya memupuk semangat hidup sihat dalam kalangan komuniti, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan sejahtera. Pada 11/3/2026 merupakan tarikh akhir peserta untuk membuat saringan kesihatan semua. Semua peserta mendapat penurunan berat badan yang sangat baik. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi agar lebih menarik ramai komuniti untuk menyertai program sihat ini.
GAMBAR DISINI