mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM CASHLESS SOCIETY NADI KAMPUNG RANAU

TARIKH15 Feb 2026 (Ahad)
MASA7:30 Am – 4:30 Pm
LOKASINADI Kg Ranau
JUMLAH PESERTA300 Orang Peserta
TUJUAN
Program Cashless Society yang telah berlangsung pada 15 Februari 2026 di NADI Kg. Ranau telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada masyarakat setempat. Program ini telah dihadiri oleh lebih 300 orang komuniti, melibatkan pelbagai lapisan umur termasuk belia, golongan dewasa dan kanak-kanak.
AKTIVITI
Sepanjang program berlangsung, pelbagai taklimat bermanfaat telah disampaikan oleh rakan-rakan strategik. Antaranya termasuk perkongsian daripada Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan kesedaran kewangan dan keselamatan transaksi digital, taklimat oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) mengenai kemudahan perbankan tanpa tunai, serta sesi pengurusan kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Turut diadakan sesi pengenalan NADI kepada komuniti serta perkongsian peluang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM). Wakil daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut menyampaikan taklimat berkaitan keselamatan siber dan kepentingan literasi digital dalam era ekonomi tanpa tunai.
Selain pengisian ilmiah, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti komuniti seperti pertandingan Mobile Legends: Bang Bang yang mendapat sambutan hangat daripada golongan belia serta pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pameran dan jualan oleh usahawan NADI juga dilaksanakan, di samping Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan bagi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat.
Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja mempromosikan penggunaan pembayaran tanpa tunai, malah menjadi platform komprehensif yang menggabungkan pendidikan kewangan, literasi digital, keusahawanan dan aktiviti kemasyarakatan. Diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memperkasa komuniti ke arah pendigitalan yang lebih menyeluruh dan mampan.
GAMBAR DISINI