| TARIKH | 16 Januari 2026 (Jumaat) |
| MASA | 9.30 Am – 12.00 Pm |
| LOKASI | SEKOLAH KEBANGSAAN TAGAROH |
| JUMLAH PESERTA | 321 ORANG PESERTA |
| TUJUAN Kempen Internet Selamat ini dilaksanakan khusus kepada pelajar sekolah bagi meningkatkan kesedaran serta kefahaman awal tentang kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Pelaksanaan kempen ini amat penting sejajar dengan penggunaan teknologi digital yang semakin meluas dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Kempen ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan risiko ancaman siber seperti penipuan dalam talian, buli siber, penyebaran maklumat tidak sahih serta penyalahgunaan platform digital. Di samping itu, kempen ini juga bertujuan membentuk nilai disiplin dan sikap berhemah dalam penggunaan internet sejak di bangku sekolah. |
| AKTIVITI Sepanjang pelaksanaan Kempen Internet Selamat di SK Tagaroh, satu sesi ceramah telah diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan berkaitan amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab. Penyampaian ceramah dilaksanakan secara interaktif dengan disertai contoh situasi harian yang relevan bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Kempen ini telah melibatkan penyertaan seramai 321 orang pelajar. Sebagai pengukuhan kepada pengisian ceramah, satu aktiviti kuiz turut dijalankan bagi menilai tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang telah disampaikan, di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, interaktif dan berkesan. |
| GAMBAR DISINI |