mcmc
Laporan Aktiviti

NADI E-SUKAN : SAINS SUKAN- FIZIKAL & PEMULIHAN

TARIKH3 Oktober 2025 (Jumaat)
MASA2.30 PM – 4.30 PM
LOKASINADI KG RANAU
JUMLAH PESERTA2 ORANG PESERTA
TUJUAN
Tujuan utama program sains sukan dalam aspek fizikal dan pemulihan adalah untuk membantu pemain e-sukan memahami kepentingan menjaga tubuh badan walaupun terlibat dalam aktiviti yang tidak banyak pergerakan. Dengan ini, pemain dapat mengelakkan masalah kesihatan otot dan sendi akibat gaya hidup sedentari. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan senaman ringan dan posisi duduk ergonomik yang betul supaya tubuh lebih sihat dan cergas ketika bermain.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi senaman ringan seperti regangan otot dan pergerakan asas untuk melancarkan peredaran darah. Aktiviti ini membantu mengurangkan kekakuan otot serta mengelakkan risiko kecederaan. Selain itu, peserta juga akan diberi tunjuk ajar mengenai teknik duduk ergonomik yang sesuai ketika bermain bagi memastikan tulang belakang dan sendi tidak terbeban. Melalui pendekatan ini, pemain bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal tetapi juga memahami cara pemulihan badan selepas bermain dalam tempoh masa yang panjang.
GAMBAR DISINI