mcmc
Laporan Aktiviti

WEBINAR CYBERSECURITY: PERLINDUNGAN SIBER & ANCAMAN PENGGODAM

TARIKH10 MEI 2025 (SABTU)
MASA10:00 AM -11:00 AM
LOKASINADI KG RANAU
JUMLAH PESERTA6 ORANG PESERTA
TUJUAN
Webinar bertajuk “Cybersecurity – Perlindungan Siber dan Ancaman Penggodam” bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan seharian. Selain itu, webinar ini juga bertujuan mengenalpasti ancaman penggodam siber yang semakin canggih serta membimbing pelajar tentang cara melindungi maklumat peribadi semasa menggunakan internet. Dengan perkembangan teknologi yang pesat, pelajar perlu memahami bahawa ancaman siber bukan sahaja berlaku pada peringkat individu, tetapi juga boleh memberi kesan kepada organisasi dan negara. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk dilengkapi dengan pengetahuan asas mengenai keselamatan siber.
AKTIVITI

Sepanjang webinar ini, beberapa aktiviti interaktif telah dilaksanakan untuk memastikan penglibatan peserta dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti pertama ialah ceramah interaktif yang disampaikan oleh pakar keselamatan siber, yang menerangkan jenis-jenis ancaman siber seperti phishing, malware, serangan DDoS, dan cara-cara untuk melindungi maklumat peribadi dalam talian. Dalam sesi ini, peserta turut diajar mengenai pentingnya penggunaan kata laluan yang kuat dan cara mengaktifkan autentikasi dua faktor (2FA). Seterusnya, peserta juga diberikan tips untuk menjaga keselamatan diri dari terkena serangan siber.
GAMBAR DISINI